Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah

Thursday, September 17, 2015

PERTANDINGAN PENGGUNAAN FROG VLE UNTUK PARA GURU

Pertandingan ini terbuka kepada semua guru di SMK MUNSHI ABDULLAH bagi penggunaan Frog VLE sebagai medium komunikasi untuk proses PdP subjek-subjek yang diajar.

Tempoh masa pertandingan adalah bermula 17 September 2015 hingga 7 November 2015.

Pertandingan ini merangkumi penyediaan bahan PdP menggunakan medium Frog VLE merangkumi kriteria-kriteria seperti di bawah:
ü  Susun atur dashboard yang dihasilkan (kreativiti, menarik, elemen multimedia)
ü  Bilangan sites yang dikongsi atau berkongsi
ü  Bilangan kuiz dan tugasan yang dibina
ü  Pautan menghubungkan ke laman web lain
ü  Mempunyai fungsi muat naik/muat turun bahan (upload/download)
ü  Kekerapan masa penggunaan Frog VLE
Hadiah pertandingan untuk Johan, Naib Johan dan Ketiga adalah sumbangan peribadi oleh Puan Pengetua, Pn Hjh Siti Hadijah binti Sunok.

Hakim pertandingan: En. Mohd Suhaimi dan En. Sheikh Abdul Razak


Monday, January 14, 2013

LDP-2 : Frog VLE Siri (1) [12 Jan 2013]


APAKAH FROG VLE?

FROG
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringanyang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

Sunday, February 5, 2012

MSSD BADMINTON [1 - 4 FEBRUARI 2012]

MSSD BADMINTON [1 - 4 FEBRUARI 2012]
Seperti biasa, sekolah kita ditugaskan menjadi tuan rumah dalam penganjuran pertandingan badminton peringkat daerah. Ianya telah berlangsung di dewan SMK Bandar Putra, Kulaijaya. Para peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama daripada semua pihak telah melancarkan lagi proses penganjuran pertandingan ini. Majlis penutup pertandingan ini telah disempurnakan oleh En. Elanggovan A/L M. Savarimuthu, penolong PPD Kokurikulum. Tahniah kepada para pemenang!!





SAMBUTAN TAHUN BARU CINA [20 JANUARI 2012]

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA [20 JANUARI 2012]
Majlis sambutan ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Pelbagai acara meriah telah diatur seperti pelengkapan penulisan kaligrafi Cina oleh Tuan Pengetua, pemberian 'angpow' kepada murid-murid yatim dan miskin, pemberian buah limau mandarin kepada semua warga sekolah, persembahan pentas dan slaid Power Point dan sebagainya. Semoga program ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.






PELANTIKAN PENGAWAS PSS [16 JANUARI 2012]

PELANTIKAN PENGAWAS PSS [16 JANUARI 2012]
Majlis pelantikan ini dijalankan pada perhimpunan rasmi sekolah serta disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Anuar bin Jais. Semoga ia dapat memberi suntikan semangat untuk mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.


Kursus Pusat Sumber Sekolah (PSS) [14 Januari 2012]

Kursus Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) [14 Januari 2012]
Kursus PSS ini telah dianjurkan oleh guru-guru perpustakaan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal pengawas PSS mengenai selok-belok urusan di dalam sebuah perpustakaan. Kursus sehari ini telah banyak membantu mereka terutamanya dalam perkara asas pengurusan perpustakaan.


LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH [9 JANUARI 2012]

LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH [9 JANUARI 2012]
Lawatan ini telah dijalankan oleh pihak PDRM menerusi wakilnya Cif Inspektor Abu Zaki, yang juga selaku Ketua Balai Polis Kulaijaya. Beliau merupakan pegawai perhubungan sekolah SMK Munshi Abdullah. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan dan mengharapkan kerjasama yang terjalin akan menambahkan pertalian erat pada masa akan datang.