Piagam Pelanggan
Kami warga SMK Munshi Abdullah, dengan penuh tekad dan iltizam berusaha untuk:
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan supaya memenuhi keperluan pelajar tanpa mengira pangkat, darjat, dan keturunan, selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara.
Melaksanakan program peningkatan intelek dan sahsiah pelajar untuk meningkatkan prestasi pelajar sekolah ini.
Melaksanakan penilaian yang berkesan supaya dapat mengukur tahap pencapaian pelajar
Melaksanakan kegiatan-kegiatan kokurikulum yang dapat membantu pelajar menjadi insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah
Melaksanakan penarafan SKPM
Mewujudkan sistem pengurusan yang berkesan, cekap, berkualiti dan mesra pelanggan selaras dengan piawaian MS ISO 9000.
Mewujudkan sekolah sebagai sebuah institusi berteknologi maklumat
Subscribe to:
Posts (Atom)