Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah

Visi, Misi, Matlamat, Objektif Sekolah

Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Matlamat
Mencapai prestasi peperiksaan awam pada kedudukan 4 terbaik di peringkat daerah Kulai.
Meningkatkan tahap disiplin murid dengan kadar penurunan ketidak hadiran.
Membudayakan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan memangkin ciri-ciri peribadi mulia untuk hidup bermasyarakat

Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Objektif Kualiti Sekolah
Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.

Memastikan pencapaian murid setiap sekolah menengah negeri Johor mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun/PMR/SPM.

Memastikan 100% murid sekolah menengah negeri Johor mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.

100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.

Melaksanakan Pengurusan Kewangan, Tanpa Audit Berteguran.