Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah

Sunday, February 5, 2012

MSSD BADMINTON [1 - 4 FEBRUARI 2012]

MSSD BADMINTON [1 - 4 FEBRUARI 2012]
Seperti biasa, sekolah kita ditugaskan menjadi tuan rumah dalam penganjuran pertandingan badminton peringkat daerah. Ianya telah berlangsung di dewan SMK Bandar Putra, Kulaijaya. Para peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama daripada semua pihak telah melancarkan lagi proses penganjuran pertandingan ini. Majlis penutup pertandingan ini telah disempurnakan oleh En. Elanggovan A/L M. Savarimuthu, penolong PPD Kokurikulum. Tahniah kepada para pemenang!!





SAMBUTAN TAHUN BARU CINA [20 JANUARI 2012]

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA [20 JANUARI 2012]
Majlis sambutan ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Pelbagai acara meriah telah diatur seperti pelengkapan penulisan kaligrafi Cina oleh Tuan Pengetua, pemberian 'angpow' kepada murid-murid yatim dan miskin, pemberian buah limau mandarin kepada semua warga sekolah, persembahan pentas dan slaid Power Point dan sebagainya. Semoga program ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.






PELANTIKAN PENGAWAS PSS [16 JANUARI 2012]

PELANTIKAN PENGAWAS PSS [16 JANUARI 2012]
Majlis pelantikan ini dijalankan pada perhimpunan rasmi sekolah serta disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Anuar bin Jais. Semoga ia dapat memberi suntikan semangat untuk mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.


Kursus Pusat Sumber Sekolah (PSS) [14 Januari 2012]

Kursus Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) [14 Januari 2012]
Kursus PSS ini telah dianjurkan oleh guru-guru perpustakaan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal pengawas PSS mengenai selok-belok urusan di dalam sebuah perpustakaan. Kursus sehari ini telah banyak membantu mereka terutamanya dalam perkara asas pengurusan perpustakaan.


LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH [9 JANUARI 2012]

LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH [9 JANUARI 2012]
Lawatan ini telah dijalankan oleh pihak PDRM menerusi wakilnya Cif Inspektor Abu Zaki, yang juga selaku Ketua Balai Polis Kulaijaya. Beliau merupakan pegawai perhubungan sekolah SMK Munshi Abdullah. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan dan mengharapkan kerjasama yang terjalin akan menambahkan pertalian erat pada masa akan datang.



Program Orientasi Murid Tgkt 1 dan 4 [ 5 Januari 2012]

Program Orientasi Murid Tgkt 1 dan 4 [ 5 Januari 2012]
Program Orientasi ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 5 - 6 Januari 2012. Bagi murid-murid Tgkt 1, mereka telah ditaklimatkan pelbagai info mengenai sekolah bagi memudahkan mereka mengadaptasi suasana sekolah yang baru. Manakala bagi murid-murid tingkatan 4 pula, program orientasi mereka lebih tertumpu kepada pilihan jurusan atau aliran yang ditawarkan oleh pihak sekolah, di samping perlu bersesuaian dengan pencapaian mereka.


Penjualan Buku Koperasi & Pendaftaran Murid baru [2 Januari 2012]

Penjualan Buku Koperasi & Pendaftaran Murid baru [2 Januari 2012]
Penjualan buku oleh pihak koperasi sekolah telah dijalankan pada 29, 30 dan 31 Disember 2011 bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari. Ia merupakan aktiviti tahunan bertujuan memastikan semua murid telah mempunyai buku pada hari pertama sesi persekolahan. Pendaftaran murid baru pula telah berlangsung pada 2 Januari 2012. Pelbagai perancangan dan penambahbaikan yang diatur telah berjalan dengan lancar bagi memudahkan urusan semua pihak.


TAKLIMAT SBPA DAN SKPM [28 DISEMBER 2011]

TAKLIMAT SBPA DAN SKPM [28 DISEMBER 2011]
Taklimat SBPA dan SKPM ini telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, En. Anuar bin Jais di dalam mesyuarat guru pertama untuk Sesi Tahun 2012. Banyak info penting dan terkini telah disampaikan. Dalam mesyuarat ini juga, En. Cheong Kong telah diumumkan pelantikan ke Gred DG 48 (KUP).
Tahniah!!