Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar. Peta minda adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar. Dalam kaedah peta minda, hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan ke dalam peta yang disediakan. Penggunaan peta minda dan pengurusan grafik sesuai diaplikasikan untuk memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.
Antara kaedah membuat peta minda yang baik adalah seperti berikut :
- Tuliskan tajuk nota dengan huruf besar di bahagian tengah kertas
- Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama (maksimum tujuh cabang)
- Bahagikan cabang kepada cabang kecil - fakta terperinci
- Setiap cabang utama ditulis menggunakan satu perkataan mudah. Contoh : Kaedah, Jenis...
- Semua fakta ditulis menggunakan huruf besar
Ceramah Kemahiran Belajar (Peta Minda) telah disampaikan oleh Cik Marlizah Laili, Kaunselor SMKMA pada pagi Sabtu, 6 Februari 2010 di Dewan Munshi Abdullah, Kulaijaya.