Majlis ini telah dianjurkan oleh BPGK dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyampaian Tazkirah Ramadhan dari Ust. Ajmain, Pensyarah UTM Skudai, merangkap Pengerusi Masjid Taman Putri, Kulaijaya. Selain itu, para guru, staf dan keluarga bersama-sama menunaikan solat magrib berjemaah di dewan sekolah,berbuka puasa bersama-sama di kantin sekolah dan seterusnya menunaikan solat tarawikh di surau sekolah. Majlis ini merupakan acara tahunan sepanjang bulan Ramadhan bertujuan merapatkan lagi tali silaturrahim di kalangan warga Munshi.
Friday, August 26, 2011
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH [24 OGOS 2011]
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH [24 OGOS 2011]
MAJLIS PENUTUP 'BULAN JULAI BULAN MEMBACA' [20 OGOS 2011]
MAJLIS PENUTUP 'BULAN JULAI BULAN MEMBACA' [20 OGOS 2011]
Majlis ini telah diadakan pada waktu perhimpunan rasmi sekolah dan disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Anuar bin Jais. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Julai dan acara kemuncaknya ialah upacara penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta dan pemenang.
Thursday, August 25, 2011
MESYUARAT KALI PERTAMA BERSAMA PENGETUA BARU, EN. ANUAR BIN JAIS [20 OGOS 2008]
MESYUARAT KALI PERTAMA BERSAMA PENGETUA BARU, EN. ANUAR BIN JAIS [20 OGOS 2008]
Mesyuarat ini telah dijalankan sebagai satu sesi beramah mesra bersama pengetua baru, tanda bermulanya 'ikatan kekeluargaan' yang erat di dalam SMK Munshi Abdullah. Tuan pengetua juga di dalam ucapannya turut menyampaikan moto, tagline, prinsip kerja dan strategik PPD Kulaijaya. Selain itu beliau juga menerapkan budaya kerja yang perlu diamalkan oleh semua warga sekolah.
S M K M A
Sentiasa memenuhi keperluan murid
Memastikan wawasan sekolah tercapai
Kuasai pelbagai ilmu
Muafakat dalam kalangan warga
Amanah
MAJLIS KHATAM AL-QURAN [18 OGOS 2011]
MAJLIS KHATAM AL-QURAN [18 OGOS 2011]
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua sekolah yang baru iaitu En. Anuar Bin Jais. Majlis ini merupakan acara tahunan sekolah sepanjang bulan Ramadhan. Pelbagai aktiviti sampingan turut dijalankan antaranya seperti pemberian sumbangan kepada murid-murid dan lain-lain lagi.
Monday, August 15, 2011
MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA, EN. SHAMSUDDIN BIN HARON [12 OGOS 2011]
MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA, EN. SHAMSUDDIN BIN HARON [12 OGOS 2011]
"SEUNTAI KASIH, SERAUT RINDU"
16/2/2010 - 12/8/2011
Majlis perpisahan ini telah dijalankan dalam tiga slot iaitu:
Slot 1 : untuk para murid dan para guru sesi pagi [Dewan sekolah]
Slot 2 : untuk para murid dan para guru sesi petang [Dewan sekolah]
Slot 3 : untuk para guru dan para staf sokongan [Hotel Nouvelle, Kulaijaya]
Kami warga Munshi mengucapkan jutaan terima kasih atas perkhidmatan En. Shamsuddin yang telah banyak membantu menaikkan pencapaian sekolah. Kami para guru sangat berbangga berkhidmat di bawah pentadbiran TUAN. Kami para staf akan sentiasa merindui kelembutan dan sikap sopan santun En. Sham. Kami para murid pula sangat selesa belajar, dididik, diasuh dan dibakar semangat serta dimotivasi oleh CIKGU.
JASAMU AKAN DIKENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT!!
TERIMA KASIH CIKGU!!
TAKLIMAT NKRA SAPS [9 OGOS 2011]
TAKLIMAT NKRA SAPS [9 OGOS 2011]
Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Shahrifuzan Bin Ibrahim, dari Unit Peperiksaan SMK Munshi Abdullah. Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan Head Count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah dan lain-lain.
Sunday, August 7, 2011
HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM & PERKHEMAHAN PERDANA 23 JULAI 2011
HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM & PERKHEMAHAN PERDANA [23 JULAI 2011]
Pada tahun ini, perasmi majlis ialah wakil khas Datuk Seri Ong Ka Ting (Ahli Parlimen Kulaijaya). Pada tahun ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan berbanding tahun-tahun yang sebelumnya seperti gerai jualan, ceramah keibubapaan, perkhemahan, aktiviti barbeque serta pelbagai pertandingan untuk unit-unit badan beruniform (UBU). Tahniah kepada semua warga sekolah Munshi kerana telah menjayakan program yang boleh dianggap paling meriah berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.
Monday, July 11, 2011
KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH
KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH [2 JULAI 2011]
Kejohanan olahraga tahun ini dirasmikan oleh En. Chan You You (YDP PIBG). Pada tahun ini program ini berlangsung serentak dengan program Larian 1 Murid 1 Sukan. Jadi, semua guru dan murid termasuk para jemputan dan ibubapa turut sama memulakan acara dengan aktiviti memanaskan badan sebelum berlari sejauh 1.5 km. Keputusan keseluruhan:
PERTAMA : BENDAHARA [KUNING]
KEDUA : PANGLIMA [MERAH]
KETIGA : LAKSAMANA [BIRU]
KEEMPAT : TEMENGGUNG [HIJAU]
HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS)
HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 24 JUN 2011
HKS merupakan program tahunan yang dijalankan oleh pihak koperasi. Pelbagai program dijalankan dan untuk tahun 2011, antara program yang dilaksanakan ialah tajaan bayaran SUWA dan buku rujukan untuk pelajar kurang berkemampuan, aktiviti jualan dan pertandingan. Terdapat 2 kategori anugerah tahunan koperasi iaitu anugerah koperator terbaik dan anugerah pembeli aktif.
HARI TERBUKA SEKOLAH
HARI TERBUKA SEKOLAH [24 JUN 2011]
Hari Terbuka Sekolah diadakan pada hari Jumaat (24 Jun 2011) bermula jam 7.30 pagi hingga jam 11.45 pagi. Program ini bertujuan supaya pihak sekolah dapat berjumpa secara langsung dengan para ibubapa, berbincang bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk meningkatkan prestasi akademik dan disiplin pelajar.
MESYUARAT AGUNG KOPERASI
MESYUARAT AGUNG KOPERASI KE-21 [22 JUN 2011]
Mesyuarat Agung Koperasi ini telah dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan serta dipantau oleh wakil pihak SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Secara keseluruhannya, perjalanan program berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
JAMUAN PERPISAHAN EN. NASRI SUGIMAN
Sunday, May 22, 2011
UJIAN PERMATA PINTAR [19 APRIL 2011]
UJIAN PERMATA PINTAR [19 APRIL 2011]
Ujian Permata Pintar peringkat sekolah telah dijalankan oleh Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Penyelaras ICT dan Penyelaras Makmal Komputer sekolah . Sasaran ujian ini ialah untuk Tingkatan 2 Arif, 2 Bestari, 1 Arif dan 1 Bestari. Bagi kelas-kelas yang lain, surat edaran makluman ujian ini telah ditampal pada setiap kelas.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah [16 MEI 2011]
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah [16 MEI 2011]
Sambutan Hari Guru ini dimulai dengan sesi bergambar guru seawal jam 7.15 pagi, kemudian diikuti dengan perarakan masuk para guru ke dewan sekolah. Pelbagai persembahan guru dan murid yang sangat meriah, menarik dan sangat mencuit hati telah diadakan di samping acara sukaneka yang telah diaturkan oleh pihak lembaga pengawas. Acara penutup majlis sambutan ini ialah jamuan makan nasi padang telah diaturkan oleh pihak BPGK.

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
LDP-3 & PERTANDINGAN MEMASAK [14 MEI 2011]
LDP-3 & PERTD. MEMASAK [14 MEI 2011]
Di dalam LDP-3 ini, dimasukkan satu slot pertandingan memasak. Pertandingan ini telah membahagikan guru-guru SMK Munshi Abdullah kepada 6 kumpulan. Bahan mentah yang disediakan hanyalah seekor ayam, setengah kilo udang, beras, gula, garam, bawang putih dan merah, sawi jepun dan kordial oren sahaja. Setiap kumpulan perlu menunjukkan skil daripada memotong ayam, memasak nasi dan lauk-pauk hinggalah ke proses penyajian.

Saturday, May 21, 2011
Hari Kor Kadet Polis Daerah Kulaijaya [30 APRIL 2011]
Hari Kor Kadet Polis Daerah Kulaijaya [30 APRIL 2011]
Majlis sambutan tahunan ini telah diadakan di IPD Kulaijaya yang baharu serta disempurnakan oleh Ketua IPD Kulaijaya. Pada majlis tersebut, 8 orang pegawai guru kadet dan 2 orang anggota kadet bagi setiap sekolah telah diberi sijil anugerah penghargaan.

Pertd. Kawad Kaki NGO&KRS Daerah Kulaijaya [21 April 2011]
Pertd. Kawad Kaki NGO&KRS Daerah Kulaijaya [21 April 2011]
SMK Munshi Abdullah bertugas sebagai AJK Dokumentasi pertandingan peringkat daerah ini. Ia mengkategorikan platun-platun badan bukan kerajaan (NGO) dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelaki dan perempuan.

Badminton MSSD [4 APRIL 2011]
Hari Anugerah & Mesyuarat Agung PIBG [4 April 2011]
Hari Anugerah & Mesyuarat Agung PIBG [4 April 2011]
Hari terbuka sekolah merupakan kali yang ke-36 ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPKU, Tuan Haji Mohd. Rofiki Bin Dato Hj Shamsuddin. Sambutan ini telah berlangsung dengan begitu meriah ditambah dengan peratus kehadiran para ibu bapa yang sangat tinggi berbanding tahun-tahun yang lalu.

Gempak Santai [1 dan 2 Mei 2011]
Gempak Santai [1 dan 2 Mei 2011]
Hari keluarga sekolah yang diberi nama Gempak Santai ini telah memasuki tahun ketiga. Kali ini ianya telah dianjurkan di Desaru Beach Resort. Seperti biasa, pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan begitu meriah sekali. Diharapkan Gempak Santai ini dapat diteruskan untuk siri-siri yang akan datang.

Pertd. Kaligrafi Cina Daerah Kulaijaya [26 Mac 2011]
Pertandingan Kaligrafi Cina Daerah Kulaijaya [26 Mac 2011]
SMK Munshi Abdullah telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kaligrafi Cina Daerah Kulaijaya Tahun 2011. Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah dijayakan dengan sempurna hasil kerjasama daripada semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung. Tahniah!!

MSSD Olahraga Kulaijaya [1-3 Mac 2011]
MSSD Olahraga Kulaijaya [1-3 Mac 2011]
MSSD Olahraga Kulaijaya telah berlangsung dengan lancarnya. Pembahagian tugas peringkat daerah telah menetapkan SMK Munshi Abdullah selaku AJK Sambutan dan Istiadat, AJK Perarakan Masuk Kontigen dan AJK Menaik dan Menurunkan Bendera Kejohanan.
Tahniah kepada kontigen sekolah yang sepenuh upaya memerah keringat untuk sekolah. SYABAS!!

Sambutan Maulidur-Rasul & Program Moral [25 februari 2011]
Sambutan Maulidur-Rasul & Program Moral [25 februari 2011]
Majlis Sambutan Maulidur-Rasul peringkat sekolah dijalankan pada kedua-dua sesi secara berasingan. Bagi sesi pagi, satu slot ceramah telah diatur dan disampaikan oleh pensyarah daripada UTM serta persembahan berzanji oleh guru-guru SMK Munshi Abdullah. Manakala pada sesi petang, satu slot ceramah disampaikan oleh Ust. Nik Shaharul.
Panitia Moral juga turut mengatur sesi ceramah oleh penceramah jemputan dari pihak luar.

JUALAN BUKU SEKOLAH [30,31 DIS 2010 & 1 JANUARI 2011]
Subscribe to:
Posts (Atom)