LDP-3 & PERTD. MEMASAK [14 MEI 2011]
Di dalam LDP-3 ini, dimasukkan satu slot pertandingan memasak. Pertandingan ini telah membahagikan guru-guru SMK Munshi Abdullah kepada 6 kumpulan. Bahan mentah yang disediakan hanyalah seekor ayam, setengah kilo udang, beras, gula, garam, bawang putih dan merah, sawi jepun dan kordial oren sahaja. Setiap kumpulan perlu menunjukkan skil daripada memotong ayam, memasak nasi dan lauk-pauk hinggalah ke proses penyajian.