Demonstrasi mencuci tangan yang betul merupakan satu lagi aktiviti yang diadakan sempena Minggu Sejahtera 1Malaysia yang dijalankan di SMKMA. Dua orang jururawat, Puan Natasha dan Puan Zaliha, dari Klinik Kesihatan Kulaiijaya telah sudi memenuhi undangan pihak sekolah untuk mengadakan demonstrasi kaedah mencuci tangan yang betul kepada semua murid dan guru sesi pagi pada hari Rabu, 20 Januari 2010. Program ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sesi ceramah dan sesi praktikal. Hadirin diingatkan agar mencuci tangan dengan sempurna sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan gelombang H1N1 yang kedua masih melanda negara. Murid-murid juga diberi peluang untuk mempraktikkan kaedah mencuci tangan yang betul semasa sesi praktikal dijalankan di kantin sekolah.
"Prevention is better than cure"...